Saturday, February 5, 2011

Katalog Baru untuk Genuine Leather Untuk Pilihan Photographer

Salam,

Saya sudah mendapatkan pilihan baru yang terbaik untuk pelanggan2 saya yang berminat untuk menggunakan kulit asli dari haiwan iaitu lembu, kambing, buaya dll. Buat masa ini, saya masih mengkaji harga untuk setiap album atau buku bagi perkhidmatan tersebut memandangkan terdapat pelbagai harga yg sangat berbeza untuk setiap jenis kulit dan ketebalan kulit asli tersebut.
Tetapi hanya kulit yang tidak melebihi 3mm sahaja akan digunakan leather wrap ini bagi menjamin kualiti perkhidmatan dan harga yang minimum kepada pelanggan.

Pengumuman harga tersebut akan diterbitkan tidak lama lagi. Sekiranya anda ingin melihat sampel album dan katalog sampel kulit PU dan genuine, sila hubungi saya untuk temujanji.

2 comments:

  1. Salam. Tahniah kepada saudara yang ada semangat keusahawanan. Moga2 berjaya dan di berkati Allah SWT. InshaAllah.

    Mustaffa
    http://mustaffaazizphotography.wordpress.com

    ReplyDelete
  2. Terima kasih, mustaffa. Moga diberkati Allah hendaknya untuk menjalankan perniagaan ini.

    ReplyDelete